SEJARAH SEKOLAH
| | | Bangunan pejabat sekolah
| Bangunan Makmal sekolah
| Sekolah ini ditubuhkan pada tahun
1948, bermula sebagai sekolah rakyat. Bangunan asal daripada kayu dan
beratap nipah dibina di atas sebidang tanah berhampiran sebuah masjid dan dibina secara bergotong-royong.
Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Othman Bin Mat Ayat.
Beberapa tahun kemudian, kawasan sekolah ini dapat
diperluaskan sehingga kira-kira dua ekar setengah kerana beberapa orang
penduduk kampung mendermakan tanah mereka untuk memajukan sekolah ini.
Dengan demikian, dua buah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu
dapat didirikan. Dengan jumlah enam buah bilik darjah, seramai
kira-kira 140 orang murid dapat ditampung untuk belajar di sekolah ini.
|
| | Bangunan kantin sekolah
| Bangunan Perpustakaan sekolah
| Menjelang tahun 1962, sekolah ini
semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah
menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah stujuh buah bilik darjah dan
menampung kira-kira 120 orang murid.
Pada tahun 1975, sekolah
ini mempunyai lokasi seluas kirsa-kira dua ekar dan turut didirikan bangunan
konkrit termasuk makmal komputer
Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.
|
VISI - " SK KUNDANG PATAH GAH 2010 "
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat:
|